Banner Article 02

Rakyat Kelantan nikmati air bersih tanpa kimia

Rakyat Kelantan nikmati air bersih, tanpa kimia
Sinar Harian, 8 November 2018

KOTA BHARU: Teknologi menggunakan kaedah rawatan Ozon yang tidak menggunakan bahan kimia kini diaplikasikan dalam Loji Rawatan Air (LRA) di Kelantan.

Ketua Jabatan Teknikal Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Lt Ir Tengku Iskandar Tengku Ismail berkata, teknologi ini dipilih kerana sumber air tanah di Kelantan menghasilkan kualiti air mentah yang sangat berkualiti sehingga mampu mencapai kualiti bersih terawat.

Malah katanya, kualiti air yang dihasilkan menepati piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, lima daripada 34 LRA di negeri ini yang menggunakan kaedah Ozon ialah LRA Pintu Geng, LRA Kampung Chap (Bachok), LRA Perol, LRA Wakaf Bharu dan LRA Merbau Chondong (Machang) yang akan menjadi contoh terbaik ketika Persidangan ‘Malaysian Water Engineers Action Committee’ pada 26 hingga 28 November ini.

“Salah satu kelebihan lain yang kita akan kongsi kelak, ialah ia mampu menjimatkan hampir 80 peratus kos operasi dan penyelenggaraan sebagaimana direkodkan dalam pembangunan Loji Rawatan Air Jeli.

“Ini kerana proses rawatan dari sumber air tanah menggunakan teknologi ini tidak memerlukan bahan kimia sebagaimana proses rawatan air dari sungai,” katanya, selepas majlis makan malam muhibah bersama media anjuran Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah Se-Malaysia atau kini dikenali sebagai Malaysia Water Engineers Action Commitee (MYWAC).

Sinar Harian 8/11/2018

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa