BANGUNAN.PMBK.16.10.14

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan tahun 1950 yang telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan. PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik Kerajaan Negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangun aset strategik bagi pihak kerajaan negeri, dengan meningkatkan nilai pegangan dan pulangan pelaburan melalui pengurusan aset dan penglibatan komersial yang efektif berlandaskan syariah, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

Dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan, pembentungan, multimedia dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

PMBK telah didokong oleh 16 buah anak syarikat, antaranya PMBK Sawit Sdn Bhd, Kifaalah Sdn Bhd, Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, PMBK Development Sdn Bhd, Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd, Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd, Kelantan Gold Trade Sdn Bhd, Majaari Services Sdn Bhd, Baldah Toyyibah (Prasaranan) Kelantan Sdn Bhd, Air Kelantan Sdn Bhd, PMBK Az-Zahan Sdn Bhd, Sihhat-Afiat Sdn Bhd, Xcell Bio-Resources Sdn Bhd, Kel-Intaaj Sdn Bhd, Kelantan ICT Dateway Sdn Bhd dan Invest Kelantan Bhd.

Berteraskan perkhidmatan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam sistem pengurusan dan melaksanakan tanggungjawab serta memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan professional dan cemerlang kepada pihak berkepentingan dalam PMBK.

Selaras dengan moto, “Untung Dunia, Untung Akhirat” secara jelas meletakkan konsep takwa dalam setiap perancangan strategik PMBK bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang gemilang demi keselesaan rakyat negeri Kelantan.

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b