Cerpen - Kita Belum Diuji

“Assalamualaikum Warahmatullah.....

Assalamualaikum Warahmatullah.....,” Imam jemputan, Ustaz Wan menyempurnakan solat di sebuah surau di pinggiran Putrajaya. Ianya diikuti makmum bagi menyempurnakan solat fardu Isyak. Seterusnya dzikir dan doa di ratib kemas melanjutkan ibadah sunah yang di tuntut.

Malam ini tidak seperti malam biasa kerana kehadiran ramai jemaah. Teringat daku akan sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al Tirmizi bermaksud, “Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya, “Apakah taman syurga itu?’ Beliau menjawab, “Halaqoh dzikir (Majlis Ilmu).” Mungkin kerana itu ramai yang hadir di surau hari ini. Meraikan majlis ilmu.

Masih terngiang-ngiang di telinga ceramah Ustaz tadi, “Ready tak ready kita akan kembali kepada Nya... Suka pun mati, tak suka pun mati... Semua Allah ciptakan untuk kita... Apakah yang kita berikan kepada pencipta kita... Allah sentiasa ingat kat kita... Kita yang sentiasa lupa dan tak ingat ke Tuhan... Bergantunglah dengan Tuhan...”

Terkesan benar kata-kata Ustaz tadi, terus masuk menyentap hati dan fikiranku. Timbul rasa gerun dalam benak hatiku. “Allah, Selamatkan lah Aku. Bimbinglah Aku... Aku malu terhadap mu Ya Allah”. Fikiranku mengelamun jauh mengenangkan akan amalanku yang tak seberapa ini. “Aduh... ni baru nak belajar untuk mengenal Tuhan, umur dah lanjut... Apalah nasib aku nanti”, bisik hati kecilku dalam kesayuan. Mengenang usia yang memasuki 40an.

“Nizam... Nizam...” tersentak dari lamunan mendengar panggilan Tok Siak.

Bergegas aku bangkit membantu Tok Siak mengagihkan hidangan jamuan ringkas di beranda surau. Syukur, banyak juga makan yang disumbang oleh Jemaah hari ni.

Pengerusi Surau dan para AJK duduk bersama Ustaz Wan. Jemaah lain seterusnya mengambil sudut lain seperti biasa. Hari ini aku duduk makan bersama dengan Imam tua surau, Imam Zainal, Abang Lan, jiran ku yang berkerja dengan Kementerian Luar Negeri, Abang Wan seorang pemberita amatur dan Abang Mie, yang bertugas di Kementerian Sumber. Semua mereka adalah jiranku yang agak rapat denganku sejak aku berpindah ke sini hampir setahun yang lalu.

“Tempat kau tak buat hari Integriti ke Zam,” Abang Lan membuka bicara sambil tangan  Abang Lan membuka bicara sambil tangan men-capai bungkusan mee goreng sumbangan Jemaah.

“Ada bang... rasanya semua tempat dok sibuk buat hari Intergriti sekarang ni... Musim Integriti,”. Aku menjawab ringkas.

“Kalau manusia semua ingat ke Tuhan, tak timbul masalah Integriti ni”, balas Imam Zainal, mengaitkan dengan ceramah Ustaz Wan tadi.

“Betullah kata Imam, hanya pegangan agama yang tinggi, mudah memacu jiwa ke jalan yang diredhai oleh Nya,” bisik hatiku.

“Tu lah Imam, sekarang ni berapa banyak kes pegawai kerajaan yang kena ngap dengan SPRM. Rasuah sana rasuah sini,” Abang Wan mencelah.

“Tak perlulah nak kata pasal rasuah, berintegriti ni bukanlah maksud tak ambik rasuah sahaja, datang kerja lambat, minum tak ikut masa, buat kerja ala kadar pun kira tak berintegriti tau,” sampuk Abang Mie.

“Betul tu Mie, ramai yang salah faham bab integriti ni. Guna kemudahan pejabat untuk urusan peribadi, pakai phone pejabat, conteng kertas A4, guna printer untukprint urusan yang tiada kaitan dengan pejabat, menggunakan kenderaan pejabat untuk urusan peribadi malah berpakaian yang tidak mencerminkan jabatan pun boleh dikatakan tidak berintegriti.” Abang Lan menambah.

“Tak usahlah kita mengata orang dalam bab ini... Kita jagalah diri kita sendiri. Kadang kita tak tahu, Allah belum uji kita. Bersangka baik sahaja lah,” celah Imam Zainal. “Bayangkanlah bila kita pergi minum masa rehat, masa nak bayar tetiba bil kita dah di bayar oleh kontraktor. Ok bolehlah kita pulangkan balik duit dia sebab kita ada wang untuk pergi minum. Setakat hadiah mudah untuk kita memulangkan semula. Tetapi katakan di hujung bulan, tengah duit tak ada, kereta pulak tiba-tiba rosak di jalan, kebetulan yang datang kontraktor, belum apa-apa lagi, kereta kita dah dibawa ke bengkel, bukan baiki sahaja siap tukar tayar lagi. Semua dibayarnya. Masa tu baru betul-betul kita diuji. Sanggup tak kita memu-langkan nya semula. Malu tak kita dengan Allah?,” sambung Imam seakan berceramah.

“Betul tu Imam,” Abang Wan mengiakan. “Macam si Kamil, tetiba je kahwin bini muda... kita belum diuji tau...,” sambil ketawa kecil.

“Ke situ pulak kau ni Wan...hahaha...,” sambut Imam Zainal. “Ya, kita belum diuji.”

Kami semua ketawa kecil sambil terus menjamu selera.

 
 
 

Olahan oleh:

MOHD RAZMI YAACOB

PEGAWAI PEJABAT KPE

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa