KALA Fest Kelantan 2018
Bangi, 14 Rejab 1439H bersamaan 1 April 2018
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menyertai program KALA FEST KELANTAN 2018 pada 30 Mac hingga 1 April 2018 yang bertempat di Bangi Convention Center, Seksyen 14 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Program ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama UPEN dan agensi kerajaan negeri. KALA (Kelantan Authenthic Lifestyle and Arts) FEST KELANTAN 2018 ini diadakan khas untuk semua warga Malaysia terutama sekali anak Kelantan yang berada di Kuala Lumpur dan sekitarnya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti-aktiviti dan pembangunan terkini dibawah kerajaan Negeri Kelantan.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program KALA FEST KELANTAN 2018 ini ialah acara dan persembahan kebudayaan (wayang kulit, dikir barat, rebana ubi, kertok dan silat), kayuhan basikal (KALA FUN RIDE), jualan Happy Hour daging lembu tempatan (RM25/kg) dan ayam kampung frozen, gerai makanan Kelantan bertemakan “Kelantan, Anjung Selera Asia”, bicara selebriti bersama Dato’ Sohok, Dialog Mahasiswa, Santai Mat Motor, Himpunan Gu Kelantan, Himpunan Al-Malak, Demo Mencanting dan Mewarna Batik Pameran Wau Bulan, Pembikinan Wayang Kulit dan Kuliah Maghrib oleh Pu Rozi. Turut diadakan ialah pameran dan penerangan berkenaan pembangunan negeri Kelantan yang disertai oleh agensi-agensi dibawah Kerajaan Negeri.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YB Dato Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada pukul 5.00 petang, 1 April 2018.