PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
KENYATAAN TAWARAN TENDER PRA-KELAYAKAN
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan berpengalaman dalam bidang perlombongan/mineral untuk mengemukakan Profil Syarikat bagi kerja-kerja seperti berikut:
No. Tender |
Perihal Tawaran |
Tarikh Tutup Tender Pra-Kelayakan |
PMBK/PTD4/PBK6/21 (84) |
Tender Pra-Kelayakan Bagi Operasi Perlombongan Bijih Besi di Tanah Milik PMBK di PT 5220 Mukim Lawang, Jajahan Tanah Merah, Kelantan Darul Naim |
03 OGOS 2014 |
Syarat-Syarat Bagi Memasuki Tender Pra-Kelayakan
- Syarikat mempunyai modal berbayar RM 1 juta.
- Syarikat mempunyai klausa tataujud syarikat berkaitan mineral/perlombongan.
- Mempunyai kepakaran serta pengalaman ataupun telah menjalin usahasama kepakaran dalam keseluruhan bidang perlombongan seperti geologi, kejuruteraan perlombongan, kejuruteraan pemerosesan mineral, kimia analisis dan kejuruteraan alam sekitar. Kumpulan kerjasama ini mestilah berkemampuan untuk menjalankan kerja-kerja eksplorasi mengikut amalan standard antarabangsa ataupun sepertimana yang digariskan oleh Jabatan Mineral & Geosains Malaysia.
- Tarikh mengemukakan Tawaran Tender Pra-Kelayakan bermula pada 13 Julai 2014 sehingga 03 Ogos 2014 di Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu.
- Tarikh tutup tawaran ini adalah pada 03 Ogos 2014 tepat jam 12.00 tengahari.
- Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tawaran.
- Syarikat-syarikat yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui surat.
- Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Sanusi Hj Othman, Ketua Pegawai Operasi di talian 09-7474082.