Ribuan sambut kepulangan Tok Guru Nik Aziz

Ditulis oleh Super User. Posted in Berita 2013

News Banner Berita Terkini

altRibuan sambut kepulangan Tok Guru Nik Aziz    
HarakahDaily Online | Aslani M & Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 20 FEB: Ribuan rakyat Kelantan pelbagai kaum menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari Makkah tengah hari ini.

Ribuan lagi menyambut ketibaan Menteri Besar dari menunaikan ibadat umrah itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Mereka berarak dengan kereta dan motosikal ke dataran Stadium Sultan Mohamad IV.

Biarpun terik matahari namun orang semakin ramai d dataran stadium. Ada kaum Cina, India, Siam dan masyarakat Orang Asli.

Pengarah program, Datuk Takiyudin Hassan berkata, himpunan diadakan bagi menunjukkan kasih sayang kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Katanya, rakyat kelantan dari pelbagai tempat menunjukkan sokongan padu kepada Menteri Besar yang tidak berbelah bagi.

Pelbagai sepanduk dinaikkan antaranya Tok Guru Nik Aziz Kami Tunggu Kepulanganmu, Tok Guru Nik Aziz Pejuang Islam Sejati dan lain-lain lagi.

Program dimulakan dengan tazkirah oleh Pegawai Penernagan Urusetia Penerangan, Ustaz Hamid Derani, kemudian ucapan wakil R, Abu Saamah, wakil Yik, Ustaz Mansor Daud, wakil penghulu, Che Hassan, wakil Kelab Kebajikan Penyokong Tok Guru, Nik Halim Nik Mat, wakil kaum Cina, Lau Chin Chua.

alt

Selain itu wakil golongan profesional Datuk Dr Zulkifli Mohamad, wakil peneroka Felda dan Kesedar, Adnan Mat Nasir, wakil kaum India, Tharuman Arjunan, wakil masyarakat Orang Asli, Pandek Panjang, wakil wanita dan wakil kaum muda.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, kepulangan Menteri Besar dari Makkah diharap dapat memberi satu kekuatan baru bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal diumum tidak lama lagi.

"Tok Guru membawa balik doa dari Makkah. Keberkatan dan kekuatan InsyaAllah akan terus memberi kemenangan yang berkekalan kepada Kelantan bukan sahaja ketika menghadapi PRU-13 ini.

"Saya juga amat terharu dengan sokongan padu dizahirkan wakil-wakil kaum dan pelbagai pihak yang tetap berdiri teguh bagi mempertahankan kerajaan negeri dan kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya pada ucapan akhir di perhimpunan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz meluahkan rasa tenang dan sejuk hati apabila melihat begitu ramai rakyat Kelantan yang datang dari jauh dan dekat bagi menyambut kepulangannya daripada mengerjakan umrah.

Katanya dalam setiap gerak kerja perlu kepada hidayah. "Wang, pangkat, kuasa dan pelbagai lagi tidak memberi sebarang makna kalau tidak ada hidayah daripada Allah Taala," katanya.

Menurutnya juga kesatuan umat Islam dapat dilhat secara jelas di Makkah ketika mengerjakan umrah apabila pelbagai bangsa dan kaum datang menunaikan ibadat kepada Allah.

alt"Islam ternyata mampu menyatukan pelbagai bangsa dan kaum yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Hanya Islam yang boleh satukan manusia," ujarnya.

Program berakhir dengan solat Zuhur berjemaah. Sebahagian yang hadir terpaksa menunaikan solat di atas tikar di bawah pancaran terik matahari.

 

 

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa