Kelantan umum 11 Ogos cuti peristiwa

Ditulis oleh Super User. Posted in Berita 2013

News Banner Berita Terkini

altKelantan umum 11 Ogos cuti peristiwa
HarakahDaily, 5 Ogos 2013

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 11 Ogos 2013 ini sebagai hari cuti peristiwa sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dalam satu entri ringkas melalui laman Facebook beliau pagi ini.

"Sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan menyambut Hari Raya Idulfitri 1434H pada tahun ini, kerajaan negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad 11 Ogos 2013 sebagai hari cuti peristiwa.

"Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing, Insya-Allah," tulisnya.

Umat Islam dijangka menyambut hari raya Aidil Fitri pada Khamis 8 Ogos ini.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa