• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

News Banner Berita Terkini

 

Kelantan bina jaringan pelaburan Islamik

Posted on the June 19th, 2013 by admin

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan meningkatkan usaha misi pelaburan dengan matlamat membina jaringan pelaburan Islamik khususnya di Timur Tengah sebagai

keutamaan.

Ianya selaras dengan harapan Sultan Muhammad V yang berharap Kelantan mempergiatkan usaha menarik pelabur.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata di samping mengukuhkan hubungan Jaringan Perdagangan Islam di sebelah timur, termasuk Persatuan

Pedagang Muslim di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada sidang Dun Kelantan petang ini.

Tegasnya, kerajaan negeri juga berhasrat membina rangkaian makanan halal dengan meningkatkan kemasukan pelabur di halal hub dan akan bekerjasama dengan

pembekal makanan halal daripada negara Arab.

“Saya sendiri akan menerokai peluang bertemu pelabur Arabian Countries ini selari dengan hasrat perancangan kerajaan negeri untuk menubuhkan Sekretariat Hubungan Kelantan-Arabian Countries.

“Menerusi kerjasama ini juga akan menarik kepakaran dalam industri pendidikan, minyak, gas serta pelancongan Islam,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, hubungan dagang itu diharap dapat dipermudahkan memandangkan beberapa orang Adun dan bekas Adun mempunyai pakar dalam hubungan dengan negara Arab.

Pada masa yang sama, Ahmad turut mendedahkan sektor pelancongan dilihat berpotensi sehingga pengusaha di negeri itu berjaya meraih RM1.8 billion bagi pengusaha berkaitan pelancongan.

Jelasnya, ia hasil kejayaan urus tadbir Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berteraskan Membangun Bersama Islam.

Selain kejayaan lain, katanya Kelantan juga turut wujud persekitaran sejahtera yang menarik minat pusat pendidikan di negeri itu.

“Selain beberapa IPTA, kita ada IPTS dan ada yang bertaraf antarabangsa seperti Universiti Lim Kok Wing,” ujarnya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang Dun Kelantan setelah berlangsung selama tiga hari bermula Ahad lalu.

Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan ke-13 tahun ini disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa