Berita

BERITA_TERKINI

Nik Aziz Seru Rakyat Kelantan Berdoa Elak Banjir
Harakahdaily.net | Rizal Tahir

 

nik_aziz_tgKOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru rakyat Kelantan seluruhnya berdoa semoga mereka dilindungi Allah dari segala mala petaka termasuk banjir.

Katanya, doa umat Islam akan bertembung dengan bala atau hujan dari langit.

 

“Andainya kuat doa, akan terselamat manusia dan begitulah sebaliknya.

“Apa yang pasti kita perlu berdoa semoga kita, anggota keluarga kita khususnya anak-anak kecil terselamat dari segala bala yang tidak diingini,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan rakyat di negeri itu tidak menjadikan banjir sebagai ‘pesta’ kerana ianya akan mengancam keselamatan diri.

Katanya, sikap rakyat yang menjadikan banjir sebagai pesta sewajarnya diubah memandangkan ianya boleh mengancam keselamatan diri dan keluarga.

“Moga kita tidak lagi mendengar kematian ekoran kecuaian kita sendiri menangani perkara ini,” ujarnya ketika diminta mengulas berhubung perkembangan hujan yang mula turun di negeri itu sejak dua hari lalu.

Hujan lebat mula melanda Kelantan sejak dua hari lalu khususnya di Kota Bharu, Pasir Putih, Bachok, Tumpat, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa