Berita

BERITA_TERKINI

Nik Aziz: Wakil rakyat PAS tak beri khidmat digugur
MalaysiaKini.com

18 Nov: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dan berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding.

Nik Abdul Aziz (kanan) yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon.


"PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti," katanya dipetik Bernama  selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran ilmu di Kota Baharu hari ini.

 

Beliau berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lalu, tidak akan dipilih lagi kali ini.

Sementara itu, Utusan Online melaporkan Nik Aziz berkata wakil rakyat PAS  yang tidak memberi khidmat sepatutnya kepada rakyat dan parti, tidak akan diberi peluang untuk bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang.

"Prestasi calon akan dinilai oleh jawatankuasa kawasan dan mereka akan membawa laporan itu kepada jawatankuasa khusus yang mana saya sendiri menjadi pengerusi.

"Kalau prestasi merudum kita akan buang dan secara lojiknya mereka tidak akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya," katanya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa