Berita

BERITA_TERKINI

Angin kencang, laut gelora mulai Isnin ini
MalaysiaKini.com

18 Nov: Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora Isnin ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa angin berkelajuan 40-50 km sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka  berlaku sehingga 29 Nov.

Angin kencang itu dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Tioman.


Kawasan lain yang terlibat adalah perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore dan Reef North (sekitar kawasan perairan Laut China Selatan), Pulau Layang-layang, Bunguran (antara Semenanjung dan Kuching), Reef South (sepanjang perairan Sarawak) dan Palawan (utara Sabah).

Keadaan angin kecang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan bot kecil, kata jabatan itu.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa