Berita

BERITA_TERKINI

Skim Az-Ziwaj beri manfaat
Berita dari Sinar Harian Online

KOTA BHARU, 9 Okt: Skim Az Ziwaj yang merupakan insentif perkahwinan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri di negeri ini memberi manfaat kepada pasangan pengantin yang tidak mempunyai cukup kewangan tetapi ingin berumah tangga.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui skim ini dapat mengelakkan pasangan muda yang ingin berkahwin, tetapi tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup menangguhkan perkahwinan dan ia boleh dilaksanakan segera bagi memudahkan urusan terbabit.


“Di negeri ini kita wujudkan skim ini supaya dapat memberikan kemudahan kepada mana-mana bakal pengantin yang tidak berkemampuan, tetapi ingin berkahwin iaitu dengan perbelanjaan RM1,000.

“Diharapkan skim ini dapat memberikan kemudahan dan manfaat kepada semua pasangan baru dan yang melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Nik Aziz berkata, pada zaman beliau dulu tiada kemudahan seumpama ini seperti yang diberikan melalui pemerintahan Kerajaan Negeri.

“Sesungguhnya apa yang ada sekarang ini amat bermakna dan rakyat harus bersyukur dengan apa yang diwujudkan oleh Kerajaan negeri melalui pemerintahan pucuk pimpinan Pas yang terus membantu umat Islam termasuk golongan yang memerlukan.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Cakna Rakyat Dun Kijang di perkarangan Padang Masjid Teluk Kitang, Pengkalan Chepa, semalam.

Majlis terbabit dihadiri oleh lebih 500 penduduk di kawasan terbabit di samping Unit Peti Undi (UPU) yang turut bertanding di Dun berkenaan.

Turut hadir, Pegawai peribadinya Hassan Mamat serta wakil jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Safirudin Mohd Nasir.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa