Berita

News Banner Berita Terkini

Tunjong sumbangan RM25,000 untuk lebuh raya

Posted on the June 19th, 2013  by admin

 

KOTA BHARU: Sebagai tanda sokongan padu kepada Menteri Besar Kelantan yang baru, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan pembinaan Lebuh raya Rakyat,

Tunjong Development Corporation (TDC) Sdn Bhd telah menyumbang sejumlah RM25,000 untuk menjayakan hasrat itu.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Pengurus Besar TDC, Nazri Deraman kepada Ustaz Ahmad, selepas persidangan Dun Kelantan berehat seketika di luar Bilik Gerakan Negeri.

 

Nazri ketika ditemui memberitahu, pihaknya bersedia memberikan sumbangan itu bukan hanya sekadar tanda sokongan kepada pembinaan lebuh raya itu sebaliknya memenuhi impian rakyat Kelantan.   “Rakyat Kelantan khususnya anak Kelantan di perantauan begitu mengharapkan lebuh raya yang sempurna untuk memudahkan mereka pulang ke kampung masing-masing khususnya musim cuti perayaan,” ujarnya.

TDC merupakan anak syarikat milik penuh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

 

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa