KOTA BHARU, 16 Okt (Hrkh) - Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) meraikan kakitangan anak-anak syarikat pada majlis Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di perkarangan pejabatnya di Jalan Kuala Krai, hari ini.

Anak-anak syarikat PMBK iaitu Kifalah Sdn Bhd, PMBK Sawit, Darul Digital, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. Hadir sama pegawai dan kakitangan KelKon Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, sambutan kali ini lebih kepada konsep kerjasama anak-anak syarikat dengan menyediakan juadah secara berasingan.

"Saya mengucap berbanyak terima kasih di atas kerjasama seluruh kakitangan PMBK dan anak syarikat yang bertungkus lumus menyediakan juadah Hari Raya. "Ini menggambarkan kesepakatan di antara kakitangan dan dapat meningkatkan hubungan silaturrahim," ujar beliau.

Pegawai Unit Korporat PMBK, Nik Aida Nik Ahmad berkata, majlis Hari Raya sebelum ini diadakan secara berasingan di antara anak syarikat dan kali ini diadakan secara bersama bagi membolehkan kakitangan anak syarikat beramah mesra serta bertukar-tukar pandangan. "Kita juga dapat menjimatkan perbelanjaan dengan menentukan jenis juadah yang dihidangkan," kata beliau.

Hadir sama di majlis tersebut Timbalan Menteri Besar, Dato` Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Haron. PMBK menyediakan 3,000 cucuk satay, Kelantan Biotech pula minuman termasuk jenis herba, AKSB - masakan nasi goreng Cina dan Mee Kari Nyoya, Kifallah - kuih muih, Darul Digital dengan masakan lotong dan roti jala serta PMBK Sawit (nasi dagang). KelKon pula menyediakan sejumlah 1,200 kilogram laksa dan laksam.

Sementara itu, Exsekutif Pentadbiran KelKon, Wan Mahiran Wan Muhammad mengucap terima kasih kepada PMBK kerana melibatkan KelKon pada program tersebut.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa