Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat kepada manusia dan alam seluruhnya. Oleh itu, pada bulan yang mulia ini, Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah mengambil kesempatan dengan mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama PMBK dengan warga media Negeri Kelantan. Majlis yang penuh meriah ini telah diadakan pada tanggal 26 Ramadhan 1430H bersamaan 16 September 2009M bertempat di Dewan Puteri Saadong, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

Antara yang hadir ke majlis tersebut adalah kakitangan PMBK, rakan-rakan media dan juga pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PMBK , Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman berkata, program berkenaan diadakan untuk merapatkan hubungan antara kakitangan serta pihak yang banyak memberi sokongan dalam merealisasikan matlamat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, program berbuka puasa itu juga dapat memberi peluang kepada pengurusan untuk lebih mendekati pekerja dan juga pihak media. Selain itu, beliau juga berharap hubungan baik ini dapat diteruskan untuk memastikan setiap perancangan yang dilakukan untuk kebaikan semua pihak berjalan dengan lancar.

Lebih 50 jemputan menghadiri majlis berbuka puasa tersebut dan masing-masing gembira dengan layanan dan penghargaan yang diberi oleh PMBK.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa