“Asas kondusif kita sudah cukup kemas kerana kita mentadbir dengan tiga teras iaitu ‘ubudiyah, itqan dan masuliyah’.

“Kuliah Jumaat secara berterusan dan saya sendiri menyampaikan ceramah setiap minggu supaya rakyat faham, “ katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, program keagamaan mendapat sambutan cukup baik termasuk program berbentuk kebajikan seperti Al It’am, Ladang Rakyat dan Az-ziwaj.

Ketika ditanya mengenai persediaan Kelantan dari segi material, Nik Abdul Aziz berkata, ia tidak menjadi masalah kerana tidak dilaksanakan orang politik.

“Itu kita serahkan kepada kadi dan hakim, mereka mempunyai kemahiran dalam usul fekah, pandailah dia buat.

“Mengenai tentangan daripada pihak lain, kita boleh buat penerangan setiap hari kerana syaitan juga beranak setiap hari,” katanya.

Mohd Asri kelmarin berkata, Pas Kelantan tidak bersalah jika gagal melaksanakan hudud kerana suasana kondusif masih tidak mencukupi selain kuasa Kerajaan Negeri terhad.

Mohd Asri menyarankan Nik Abdul Aziz menggiatkan kempen kebaikan undang-undang Islam itu terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat, khususnya bukan Islam.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz meminta semua pihak termasuk bukan Islam supaya tidak takut dengan hokum hudud.

Persepsi buruk terhadap hudud katanya, timbul akibat kekeliruan sesetengah pihak yang tidak memahami perlaksanaan hukum berkenaan.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa