Kelantan berminat teknik pertanian moden Jepun
Kelantan berminat teknik pertanian moden Jepun
Rizal Tahir, 04 Jun 2013
KOTA BHARU: Kelantan berminat untuk meninjau perkembangan teknik pertanian moden yang dilaksanakan di Jepun.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengerusi Rhom Wako Jepun, Datuk Yasuke Yoshioka di pejabat Menteri Besar petang semalam.
Kunjungan itu juga sebagai kunjungan hormat dan ucapan tahniah dari Rhom Wako kepada Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.
Menurutnya lagi, bersesuaian dengan Kelantan yang menjadikan pertanian sebagai agenda utama dalam pembangunan ekonomi, teknik itu boleh dicuba.
Menurut Yoshioka, teknik pertanian moden khususnya sayuran yang hanya menggunakan sebuah rumah seluas dua setengah ekar itu begitu menjimatkan.
Katanya, bukan itu sahaja ianya menjimatkan ruang tanah, bebas serangga perosak, racun dan sebagainya.
Sehubungan itu, beliau menjemput wakil kerajaan negeri yang berkaitan melawat teknik pertanian itu di Jepun.
“Sayuran ini khususnya salad boleh dibuat aiskrim dan biskut sayur,” ujarnya.