LANGKAH AWAL H1N1 DITERUSKAN

Ditulis oleh Super User. Posted in Berita 2011

Langkah kawal H1N1 diteruskan

 

PUTRAJAYA 19 Okt. - Semua langkah untuk mengawal dan menangani wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) perlu diteruskan walaupun kes jangkitan di negara ini telah menurun. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun kes H1N1 di Asia menurun namun hemisfera utara menunjukkan tren sebaliknya dengan kes jangkitan yang masih tinggi. Beliau berkata, Kementerian Kesihatan tidak akan memandang ringan jangkitan H1N1 selagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengekalkan peringkat amaran pada tahap keenam.

"Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa H1N1 masih wujud di negara ini berikutan lebih 200 pesakit dengan gejala influenza (ILI) telah dikesan setiap hari.
"Kita perlu membuat segala persedian untuk menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri dan Deepavali anjuran kementerian di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, vaksin H1N1 yang ditempah dari Britain dijangka tiba secara berperingkat mulai akhir bulan ini.

"WHO telah memberi pengesahan bahawa satu dos vaksin sudah memadai untuk memberi perlindungan berbanding dua dos yang dikatakan sebelum ini," katanya.

 

04h1n13

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa