mb gajiMB, timbalan tidak ambil gaji bantu mangsa banjir
SINAR HARIAN, 14 Januari 2015

KOTA BHARU - Cakna dengan musibah yang dihadapi rakyat Kelantan akibat bah kuning baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sanggup menyumbangkan sebulan gajinya kepada Tabung Amanah Bencana Banjir.

Selain beliau, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah bersama seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan juga berbesar hati turut berbuat demikian.

Ahmad mengumumkan perkara tersebut sebentar tadi di pejabatnya dan beliau berkata sumbangan tersebut akan disalurkan bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Selain itu, semua Adun, ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara termasuk speaker kerajaan negeri akan mendermakan sebulan elaun mereka kepada tabung sama.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa