ABRAR vs FUJJAR

Ditulis oleh Super User. Posted in Kolumnis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

*ABRAR vs FUJJAR*

Istilah Abrar adalah merujuk kepada orang yang baik dan kalimah Fujjar pula adalah merujuk kepada di pihak yang jahat. Sebagaimana firman Allah SWT :

إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ

وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيم

"Sesungguhnya orang-orang yang Abrar (berbakti dengan taat dan amal kebajikan) tetap berada dalam syurga yang penuh dengan ni'mat. Dan sesungguhnya orang-orang yang Fujjar (bersalah), bertempat dalam neraka yang menjulang-julang." (QS. Al-Infithaar : 13-14)

Ada dua golongan yang Allah memberi pilihan kepada hamba-hambaNya, sama ada mahu menjadi golongan al-Abrar atau al-Fujjar :

1) *Al-Abrar* : Iaitu mereka yang sentiasa melaksanakan amal ibadah kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Sangat cintakan Islam, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan, menunaikan haji, bersifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah sepertimana yang telah diteladankan Nabi Muhammad SAW.

2) *Al-Fujjar* : Iaitu orang yang banyak melakukan dosa, tidak solat, tidak amanah, banyak melakukan dosa sesama manusia, suka buat fitnah, menzalimi sesama manusia. Golongan al-Fujjar ini tidak layak menjadi pemimpin, tidak layak menjadi menteri, tidak layak menjadi ketua sesebuah organisasi dan agensi kerajaan walaupun sekadar menjadi ahli JKKK sekalipun. Firman Allah seterusnya :

لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa." (QS. Al-Baqarah: 177)

Sesiapapun, sama ada berjawatan tinggi seperti menteri, pegawai tinggi kerajaan ataupun orang bawahan dan golongan rendah, tidak akan jadi golongan Abrar jika sekiranya mereka sentiasa melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Sebaliknya, mereka ini akan ditempatkan bersama golongan Fujjar (jahat) di dalam Neraka Jahim. Beghak nanang boh... !

Orang abrar juga sentiasa berusaha menegakkan hukum Allah. Sebab hukum Allah seperti Hudud, Qisas dan Ta'zir bukan milik negara Arab Saudi sahaja, bukan milik kerajaan Brunei Darus Salam, Aceh, Kelantan atau lain-lain negeri termasuk Kerajaan Persekutuan sekalipun. Hukum Allah adalah milik Allah SWT. Wajib akur dan taat segala perintahNya. Tidak boleh dipinda, dipindah apatah lagi dibantah ! Wallahu a'lam - Pilih...nak jadi Abrar atau Fujjar!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazzakumullahu khairanjaza’..

Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.

Wassalam...

MOHD MUHAIMIN MAZLAN

PEGAWAI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b