Tajuk  : Menulis Bila Terluka?

Oleh   : Muhammad Najid Abdullah

Berkata-kata walau sebaris yang boleh difahami kadang kala menimbulkan kesan besar. Adakala kesannya kekal.

Berkata walau tanpa suara, dengan hanya kod-kod tulisan yang difahami kadang kala boleh menyentak benak sanubari. Diulang ingat selagi dokumen itu ada.

Berkata sekalipun dengan hanya isyarat yang difahami tidaklah boleh ditolak kesannya. Kadang kala isyarat muka atau apa sahaja anggota dengan perilaku yang difahami bakal menimbulkan seribu satu prasangka. Ia lebih merbahaya kiranya tidak disulam penjelasan.

Lalu;

Berkatalah dengan apa jua bahasa, gaya, cara dan perilaku. Kerana kesemuanya dibenarkan agama. Manusia dileluasa pilihan untuk bersuara atau diam seribu bahasa.

Cuma;

Hati-hatilah bila berkata kerana suara itu sifatnya melantun gema. Jika suaranya kuat, gemanya juga sama. Begitulah sebaliknya.

Nabi SAW bersabda maksudnya:

Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

“Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.

Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat.

Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.

Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya.

Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.”

Hadis diriwayatkan oleh Muslim

Lalu;

Dalam baris-baris hadis yang panjang tersusun memberi faham manusia akan dibalasi mengikut apa yang dilakukan. Bezanya dengan umat terdahulu, balasannya tidak segera dibalasi sekalipun ada yang mendapatnya sebagai peringatan dan teladan. Umat Muhammad masih ada Akhirat sebagai tempat perhitungan.

Adapun;

Redha Allah tidaklah berlawanan sifatnya dengan 'mahmudah' yang lain. Kerana jalan ke Syurga tidak berlawanan dengan perkara soleh dan terpuji melainkan bertentangan dengan rentas maksiat kemurkaan menuju jalan ke Neraka secara mandatori.

Ya;

Ku menulis saat ku terluka. Tusuknya ke dhamir dalam dan aku hanya ada Dia, Tuhan kamu jua.

Jadi;

Apa beza luka ini setelah Allah segala-gala?

Menulislah untuk memberi faham.

26 & 27 Mac 2015 sebagaimana janji Usrah & Qiam PMBK 2015 Siri I di Masjid Al-Hakim Tanjung Chat, Kota Bharu. Jumpa di sana.

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa