A- A A+
             
     
             

Berita

Penghargaan buat Tuan Haji Abdul Rashid Mohd Yusoff - Jasa baktimu tetap dikenang

23 Jun 2024, Kota Bharu - Setelah 12 tahun berkhidmat dalam Kumpulan PMBK, tiba jua masanya Tuan Haji Abdul Rashid Mohd Yusoff selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK meninggalkan kami semua atas persaraan wajib.

Tanggal 16 Zulhijjah 1445 bersamaan 23 Jun merupakan hari kami meraikan Tuan Haji buat kali terakhir dalam satu Majlis Seribu Kenangan Sejuta Penghargaan. Dalam majlis ringkas yang dhadiri oleh semua warga kerja PMBK ini, Tuan Haji Abdul Rashid melahirkan rasa terima kasih dan rakaman penghargaan kepada semua warga PMBK yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang beliau berkhidmat dalam Kumpulan PMBK. Semoga usaha dan kerja buat kita semua dirahmati Allah.

Majlis ini turut meraikan warga kerja yang cemerlang melalui Anugerah Pencapaian Cemerlang bagi tahun 2023 serta anak-anak warga kerja yang cemerlang dalam pelajaran masing-masing.

Manakala pada tanggal 25 Jun 2024, lambaian terakhir daripada Tuan Haji Abdul Rashid menyekam perasan kami dek banyak kenangan manis diukir bersama apatah lagi tunjuk ajarnya yang pasti kami manfaatkan sebaik mungkin untuk hari mendatang.

Semoga Tuan Haji Abdul Rashid terus dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yang sempurna.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini20
Kelmarin218
Minggu Ini1069
Bulan Ini6501
Keseluruhan297462

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search