A- A A+
             
     
             

Piagam Pelanggan PMBK

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan profesional dan cemerlang kepada pihak kepentingan dalam PMBK seperti berikut:

  1. Mengeluarkan resit bagi setiap urusan pembayaran yang dilakukan di kaunter bayaran tidak melebihi 10 minit.

  2. Memberi maklum balas penerimaan aduan kepada pelanggan terhadap sebarang e-aduan yang dikemukakan tidak melebihi 3 hari.

  3. Menguruskan penyelesaian terhadap aduan pelanggan:

    1. Mudah = tidak melebihi 5 hari
    2. Sederhana = tidak melebihi 15 hari
    3. Sukar = tidak melebihi 365 hari
  4. Menguruskan proses penyediaan perjanjian jual beli/sewa sehingga siap ditandatangani oleh pelanggan dan Pengerusi PMBK tidak melebihi 30 hari.

  5. Menguruskan proses penyediaan borang 14A (gadaian) sehingga siap ditandatangani oleh pelanggan dan Pengerusi PMBK tidak melebihi 30 hari.

  6. Menguruskan proses pindah milik 14A yang mempunyai sekatan kepentingan Seksyen 120 KTN/Seksyen 104 ETK 1938 tidak melebihi 6 bulan.

  7. Memberi maklum balas kepada setiap cadangan pelaburan lengkap yang diterima dan diproses tanpa prejudis tidak melebihi 3 hari.

  8. Memberi maklum balas mengenai status cadangan pelaburan yang telah diproses kepada pelabur. tidak melebihi 3 bulan.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Bagi memastikan pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dapat melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pelanggan hendaklah memenuhi dan mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat semasa berurusan;
  2. Menepati dan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan; dan
  3. Bersikap rasional semasa membuat aduan.

 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini107
Kelmarin205
Minggu Ini1363
Bulan Ini4048
Keseluruhan274215

2
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search