A- A A+
             
     
             

Bazar Tok Guru

 

Bazar Tok Guru & Kebanggaan Kota Bharu, Bandaraya Islam

Bazar Tok Guru (BTG) merupakan mercu tanda terkini di Kota Bharu. Pembangunan ini ditempatkan di atas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Namun begitu tapak bagi Bazar Tok Guru merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja. Tanah selebihnya diperuntukkan bagi pembangunan bercampur merangkumi hotel, pangsapuri dan premis perniagaan. Konsep rekabentuk BTG bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah di antaranya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diambil daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan impian untuk dimartabatkan sebagai mercu tanda bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan. Malah Bazar Tok Guru ini merupakan bazar yang paling besar dan luas di Kelantan, serta penampilan konsep grand bazaar yang berada di tengah-tengah pusat bandar raya Kota Bharu. Bagi memastikan bazar ini dikategorikan sebagai premis perniagaan yang mesra pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan seperti kaunter penerangan pelancongan, surau, lot parkir, lif, medan makan, kaunter ATM, perhentian pengangkutan awam seperti bas dan teksi serta pelbagai lagi kemudahan untuk pengunjung dan pelancong.

 

Kelebihan:

  •    Tingkat Bawah - Lot-lot perniagaan
  •    Tingkat 1 & 2 - Lot-lot Bazar berjumlah lebih 400 unit
  •    Kemudahan tempat letak kereta di tingkat semi basemen
  •    Empat (4) gerbang masuk utama
  •    Tempat letak bas pelancong
  •    Kemudahan bank dan mesin ATM

 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini143
Kelmarin205
Minggu Ini1399
Bulan Ini4084
Keseluruhan274251

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search