A- A A+
             
     
             

Pengenalan PMBK

 

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan Tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan.

PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.

Dalam menjalankan amanah dan tanggung-jawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

PMBK didokong oleh 11 buah anak syarikat, antaranya PMBK Sawit Sdn. Bhd., PMBK Development Sdn. Bhd., PMBK Az-zahab Sdn. Bhd., Kifaalah Sdn. Bhd., Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd., Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd., Air Kelantan Sdn. Bhd., Majaari Services Sdn. Bhd., Sihhat-Afiat Sdn. Bhd., Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd dan Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn. Bhd.

Berteraskan perkhidmatan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam sistem pengurusan dan melaksanakan tanggungjawab serta memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan professional dan cemerlang kepada pihak berkepentingan dalam PMBK.

Selaras dengan moto, “Untung Dunia, Untung Akhirat” secara jelas meletakkan konsep takwa dalam setiap perancangan strategik PMBK bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang gemilang demi keselesaan rakyat negeri Kelantan.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini14
Kelmarin351
Minggu Ini1341
Bulan Ini5647
Keseluruhan275814

2
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search