A- A A+
             
     
             
 
 

POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT (WHISTLEBLOWING POLICY)
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

 
 

 

1.0 OBJEKTIF POLISI:

Objektif Polisi Pemberian Maklumat adalah seperti berikut:

  • menggalakkan mana-mana orang untuk tampil memberi maklumat berkaitan salah laku, penyelewengan dan rasuah;
  • menyediakan satu mekanisme rasmi yang selamat bagi tindakan yang akan diambil ke atas semua laporan salah laku yang diterima; dan
  • supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil kepada sesiapa yang terlibat.

 

2.0 HURAIAN RINGKAS UNDANG-UNDANG MALAYSIA - AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711):

  • Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) diluluskan di Parlimen pada 6 Mei 2010 bertujuan untuk membanteras salah laku dalam sektor awam dan swasta terutamanya salah laku berkaitan gejala rasuah, jenayah dan tatatertib.
  • Akta ini menggalak dan memudahkan orang awam untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah dan salah laku lain serta mendapat perlindungan.
  • Akta ini turut memperuntukkan perlindungan kepada pemberi maklumat iaitu melibatkan maklumat sulit pemberi maklumat, perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan serta kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah yang mungkin dihadapi oleh pemberi maklumat setelah membuat pendedahan kepada agensi penguatkuasaan.
  • Akta ini juga memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan untuk menjalankan penyiasatan terhadap kelakuan tidak wajar dan terhadap aduan tindakan yang memudaratkan serta memberi kuasa kepada pihak mahkamah untuk membuat perintah bagi Remedi.

 

3.0 PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT:

Di bawah Akta 711, pemberi maklumat yang layak diberi perlindungan adalah seperti berikut:-:-

  • pemberi maklumat bersedia untuk dikenali oleh pegawai yang diberi kuasa;
  • pemberi maklumat hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai yang diberi kuasa sama ada di pejabat atau di mana-mana tempat.; dan
  • sekiranya pendedahan kelakuan tidak wajar dibuat melalui surat/emel/panggilan telefon/khidmat pesanan ringkas, pemberi maklumat perlu menyatakan identiti dan alamat atau cara bagaimana beliau boleh dihubungi.

 

4.0 JENIS-JENIS PERLINDUNGAN :

  • Identiti pemberi maklumat serta maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun termasuk semasa perbicaraan di mahkamah. [Seksyen 7(1)(a) Akta 711].
  • Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan sivil, jenayah atau tatatertib akibat daripada pendedahan tersebut. [Sekyen 7(1)(b) Akta 711].
  • Pemberi maklumat dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan hasil tindak balas pendedahan yang telah dibuat. [Seksyen 7(1)(c) Akta 711].
  • Perlindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai kaitan/hubungan dengan pemberi maklumat. [Seksyen 7(3) Akta 711].

 

5.0 PEMBATALAN PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT:

Pada saat pemberi maklumat mendedahkan kelakuan tidak wajar (aduan), dia sudah menikmati perlindungan di bawah Akta ini. Perlindungan ini akan kekal selama-lamanya kecuali dibatalkan di bawah seksyen 11 Akta ini. Antara sebab-sebab pembatalan perlindungan adalah seperti berikut:

  • pemberi maklumat sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar itu;
  • pemberi maklumat sengaja membuat pernyataan palsu;
  • pendedahan adalah remeh atau menyusahkan;
  • pendedahan mempersoalkan merit dasar Kerajaan;
  • pendedahan dibuat semata-mata untuk mengelak daripada dibuang kerja/tindakan tatatertib yang lain; dan
  • pemberi maklumat telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini.

 

6.0 SALURAN ADUAN:

Aduan boleh dibuat oleh warga kerja PMBK, orang awam dan pihak luar yang berurusan dengan PMBK menerusi kaedah-kaedah seperti berikut:

  • Telefon;
  • Surat;
  • Emel; dan
  • Hadir ke Unit Integriti.
   

Alamat:

Unit Integriti
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK,
Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.

Web : www.pmbk.gov.my (ruangan “Whistleblowing”)
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Telefon : 09-7474082
No. Faksimili : 09-7477815

 

     

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini122
Kelmarin254
Minggu Ini1173
Bulan Ini3858
Keseluruhan274025

3
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search