A- A A+
             
     
             

Berita

Artikel Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kumpulan PMBK

19 Februari 2024-Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (JKKP PMBK) telah menganjurkan program Hari Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan peringkat Kumpulan PMBK. Program yang merupakan program yang julung kali diadakan di PMBK ini merupakan satu inisiatif dalam memperkenalkan kepada warga PMBK berkenaan sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) yang disarankan oleh International Labour Organization (ILO) disambut pada 28 April. Sambutan hari JKKP ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan warga kerja PMBK mengenai keselamatan dan kesihatan dalam kalangan pekerja dan majikan menerusi penerapan budaya kerja yang selamat dan sihat.

Di antara elemen-elemen kepada program yang dijalankan pada Hari JKKP PMBK ini adalah program Bicara Santai Kesihatan bersama YBhg Dato’Dr Zaidi Zakaria, Kempen Derma Darah oleh Unit Tabung Darah HRPZ, pameran keselamatan oleh JKKP Negeri Kelantan dan penerusan program 6 Month Fit & Fab Challenge. Walaupun program bicara santai Kesihatan bermula seawal pagi dijalankan di dalam Masjid Kota Darulnaim, namun hampir 100 orang peserta telah memenuhi ruang dalam masjid bagi menantikan perkongsian dari seorang pempengaruh terkenal dalam dunia kesihatan di Malaysia yakni YBhg.Dato’Dr Zaidi Zakaria. Tidak kurang hebatnya juga bagi kempen derma darah yang dijalankan di perkarangan Masjid Kota Darulnaim di mana kempen ini berjaya membantu Unit Tabung Darah HRPZ dengan memperoleh 30 penderma darah.

Perasmian penerusan program 6Month Fit & Fab Challenge telah disempurnakan oleh YBRs En.Wan Mohd Husni Wan Osman, Ketua Pegawai Operasi PMBK yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK bersama YBhg Dato’Dr Zaidi Zakaria. Program ini diteruskan bagi tahun yang kedua disebabkan ianya mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan peserta-peserta yang bertanding pada tahun 2023. Kelihatan kepuasan yang tergambar pada raut wajah para peserta yang menghadiri aktiviti-aktiviti yang diaturkan oleh jawatankuasa sepanjang program Hari JKKP PMBK ini.Ianya bakal menjadi satu program yang wajar dikekalkan sebagai program tahunan peringkat PMBK dalam memastikan isu-isu keselamatan dan kesihatan semasa bekerja diberikan sentiasa diberikan penekanan dan keutamaan kepada semua warga PMBK yang terlibat dengan sasaran Sifar kemalangan dibangunan PMBK pada masa hadapan.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini66
Kelmarin146
Minggu Ini1005
Bulan Ini2353
Keseluruhan272520

3
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search