A- A A+
             
     
             

Berita

HARI ”GO GREEN” KUMPULAN PMBK 2023

Mengambil ibrah daripada ayat-ayat suci al Quranul Karim terhadap kecintaan kepada alam sekitar yang merupakan tuntutan dalam Islam, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 61, maksudnya “Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu untuk memakmurkannya.” Dan Rasululullah S.A.W. juga pernah bersabda yang maksudnya, “Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” Hadis riwayat Muslim.

Unit Kesihatan & Alam Sekitar (UKAS) di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PMBK dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Korporat PMBK telah menjayakan Hari Go Green Kumpulan PMBK yang diadakan pada 14 September 2023 dengan objektif mengajak seluruh warga kerja Kumpulan PMBK agar sama-sama meraikan semangat kecintaan kepada alam sekitar. Di samping itu juga, program ini dilihat dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga kerja Kumpulan PMBK dan secara tidak langsung dapat mempromosikan pendidikan dan kesedaran dalam pemuliharaan alam sekitar.

Penaung JKKP PMBK yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK optimis dengan program seumpama ini untuk diadakan secara tahunan bagi menyambut seruan sambutan tahunan Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Alam Sekitar peringkat Negeri selain dapat mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara warga kerja Kumpulan PMBK melalui pengisian program yang dianjurkan terutama dalam aktiviti Bertani Satu Ibadah, Pertandingan Reka Cipta Dari Bahan Kitar Semula dan Program Kitar Semula yang mana turut disertai oleh anak-anak syarikat PMBK .

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini152
Kelmarin226
Minggu Ini918
Bulan Ini378
Keseluruhan277506

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search