A- A A+
             
     
             

Berita

Lawatan Strategik PMBK Ke GREAT UMK

JELI, 09 Mac 2023 - Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi PMBK, Encik Wan Mohd Husni Wan Osman telah mengadakan lawatan ke Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Gold, Rare Earth & Material Technopreneurship Centre (GREAT), di bawah Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli pada 06 Mac 2023. Turut bersama-sama ialah Pengurus Besar PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd. dan 5 pegawai-pegawai syarikat.

Sementara itu, lawatan delegasi PMBK telah disambut oleh Dekan FBKT, Prof. Madya Dr. Muhammad Azwadi Sulaiman serta Barisan Pengurusan daripada FBKT dan GREAT UMK.

Dalam kunjungan hormat itu, kedua-dua belah pihak turut berkongsi pandangan mengenai cadangan kerjasama, pengurusan strategik termasuklah pelaksanaan meningkatkan kerjasama khususnya daripada segi pembangunan mineral. Pada masa yang sama, delegasi turut berkesempatan melawat Makmal GREAT yang merupakan tempat pemprosesan dan analisis bahan mineral.

Pihak PMBK turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas penerimaan lawatan Perbadanan Menteri Besar Kelantan ke Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Gold, Rare Earth & Material Technopreneurship Centre, Universiti Malaysia Kelantan. Semoga perkongsian pengetahuan dan kepakaran dari kedua belah pihak dapat memberi penuh manfaat kepada semua yang terlibat.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini136
Kelmarin351
Minggu Ini1463
Bulan Ini5769
Keseluruhan275936

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search