A- A A+
             
     
             

Berita

Lawatan Delegasi MBI Kedah Ke PMBK

KOTA BHARU, 08 September - Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah). MBI Kedah merupakan badan berkanun yang berperanan membangun serta memajukan sektor ekonomi, pelancongan dan keusahawanan di Negeri Kedah.

Kunjungan hormat MBI Kedah selama 2 hari tersebut telah diketuai oleh Tuan Haji Muhamad Sobri Osman, Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah dan diiringi oleh 13 pegawai tertinggi. Delegasi daripada MBI Kedah ini telah melawat beberapa tempat milik anak syarikat PMBK iaitu Kelantan Biotech Livestock & Bio-ART Centre di Jeram Pasu, Kilang GMP Kelantan Biotech dan Ladang Solar Terapung, Zon Industri Akuakultur di Danau Tok Uban.

"Turut diadakan satu perjumpaan dan pembentangan daripada kedua-dua belah pihak berkenaan fungsi dan peranan organisasi, perkongsian dan pertukaran pendapat berkenaan jalinan perniagaan yang dapat dipersetujui bersama.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini139
Kelmarin205
Minggu Ini1395
Bulan Ini4080
Keseluruhan274247

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search