A- A A+
             
     
             

Berita

Kumpulan PMBK, NGO Anjurkan MASCAN'21

TEMERLOH - Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bersama anak syarikatnya dengan kerjasama PERAKAN Malaysia, NGO R, Cakna Palestin dan Jabatan Amal telah berjaya melaksanakan Misi Bantuan Pasca Banjir ke Pahang (MASCAN'21) pada 30 Disember 2021 hingga 2 Jan 2022.

Misi ini melibatkan 70 sukarelawan dalam operasi mencuci dan menghantar bantuan perkakas dapur di sekitar Bukit Lanchang dan Mentakab.

Kawasan tersebut paling teruk terjejas banjir sehingga menenggelamkan 80 peratus perumahan.

Majlis pelepasan konvoi yang melibatkan lori, kereta pacuan empat roda 4x4 dan van disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato' Panglima Perang, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud di Bandar Baru Tunjong.

Dalam ucapan perasmian, beliau mengingatkan para sukarelawan menjaga tingkah laku agar khidmat yang disumbangkan tidak menimbulkan fitnah serta sentiasa berhati-hati terutama semasa perjalanan pergi dan pulang.

Sumber: Facebook UPKN

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini46
Kelmarin254
Minggu Ini1097
Bulan Ini3782
Keseluruhan273949

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search