A- A A+
             
     
             
×

Warning

Joomla\CMS\Cache\Storage\FileStorage::_deleteFolder JFolder: :delete: Could not delete folder. Path: /home/pmbkgovm/public_html/pmbknew/pmbk/cache/com_templates/templates/shaper_finance

Joomla\CMS\Cache\Storage\FileStorage::_deleteFolder You can't delete a base folder.

Kebaikan 'Panjat Tangga' Setiap Hari

Kebaikan memanjat tangga setiap hari:

  1. Memanjat tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat dan membakar banyak kalori setiap minit berbanding berjoging.

  2. Memanjat tangga adalah senaman yang sesuai untuk orang bandar yang sentiasa kesuntukan masa serta tempat untuk beriadah/bersenam.

  3. Memanjat tangga tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan dimana-mana bangunan.

  4. Memanjat tangga di tempat kerja tidak kelihatan janggal atau seperti membuang tabiat berbanding dengan berlari-lari anak di tempat kerja. 

  5. Memanjat tangga lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif, jika sesuatu bangunan itu mempunyai 5 tingkat atau kurang.

  6. Memanjat tangga memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk dan membakar sekitar 7 kali lebih kalori daripada menggunakan lif.

  7. Memanjat 20 anak tangga membakar sekitar 3 kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. 1 tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.

  8. Menuruni 20 anak tangga membakar kalori pada kadar yang lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.

  9. Menuruni anak tangga bakar kurang kalori, tapi menguatkan otot berlainan dengan otot untuk memanjat tangga. Buat keduanya baru seimbang.

  10. Memanjat tangga membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.

  11. Memanjat tangga dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.

  12. Memanjat tangga 7-10 minit sehari menurunkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

  13. Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 90 minit seminggu.

- artikel ini dipetik dari Majalah Maskulin  

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini135
Kelmarin268
Minggu Ini403
Bulan Ini4940
Keseluruhan319165

3
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search