A- A A+
             
     
             

PERIHAL UMAR AL-KHATTAB

PERIHAL UMAR AL-KHATTAB & INTEGRITI

 

Pangkat dan kuasa menjadi rebutan dalam era pembangunan negara, dengan kuasa dan pangkat yang dimiliki sudah pasti akan digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan kelebihan atau keuntungan bagi sesetengah pihak. Amalan ini akan berleluasa sekiranya tidak dibendung atau dicegah secara menyeluruh dan boleh meruntuhkan institusi sesebuah negara. Walaubagaimanapun, penyalahgunaan kuasa ini tidak akan dapat dibendung sepenuhnya oleh pihak berkuasa, sebaliknya kerakusan itu hanya boleh dihalang melalui iman dan takwa seseorang kepada Allah, dengan beranggapan bahawa Allah sentiasa melihat akan perbuatan setiap mukallaf.

 

Dalam sejarah Islam, selain daripada Rasulullahs.a.w., Khalifah Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang amanah dan berintegriti - baik di dalam kehidupannya sebagai seorang ketua keluarga mahu pun sebagai seorang pemimpin negara. Ketokohan Saidina Umar memang tidak dapat dinafikan lagi kerana dengan kebijaksanaan dan ketegasan beliau telah berjaya menyatukan kembali umat islam yang murtad selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. untuk menyembah Allah.

 

Bagi Saidina Umar al-Khattab, setiap arahan yang dikeluarkan bukan sahaja perlu dipatuhi oleh rakyat malah perlu dipatuhi oleh ahli keluarganya. Dengan kata lain beliau meletakkan satu standard integriti yang tinggi untuk dipatuhi oleh diri dan ahli keluarganya.

 

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan ketulusan dan ketelusan Saidina Umar al-Khattab dalam menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Ketegasan baginda dalam menjaga dan menunaikan amanah pentadbiran dan pengurusan negara memang tiada tolok bandingnya.

 

Pernah suatu ketika, anaknya Abdullah membeli beberapa ekor unta yang kurus pada harga yang rendah. Kemudian unta-unta ini dihantar ke padang ragut milik negara untuk digemukkan. Apabila sampai tempohnya, Abdullah berjaya menjual unta-unta ini pada harga yang tinggi. Hal ini sampai ke pengetahuan Umar. Baginda telah mengarahkan keuntungan tadi dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara kerana dengan alasan unta-unta tadi makan di padang ragut milik negara.

 

Hal yang sama pernah berlaku kepada isterinya Ummu Kalsum yang membeli pewangi yang berharga satu dirham untuk dihadiahkan kepada Maharani Byzantin. Sebagai balasan, Maharani tersebut memberi batu permata yang diisikan ke dalam bekas pewangi yang dihadiah isteri Umar kepadanya. Apabila Umar mengetahui perkara ini, beliau telah menjual batu permata tersebut dan hasil jualannya dimasukkan ke dalam perbendaraan negara. Hanya satu dirham sahaja yang diberikan kepada isterinya.

 

Kedua-dua kisah di atas adalah sesuatu yang agak mustahil berlaku pada zaman sekarang. Sebaliknya menjadi sesuatu yang lumrah dalam suasana sekarang jika kita seorang yang mempunyai kuasa, orang yang dekat dengan kita sudah tentu akan memperolehi lebih banyak kelebihan atau keuntungan kesan kuasa yang ada pada kita tadi. Namun ia adalah sebaliknya bagi ahli keluarga Umar al-Khattab.

 

Perihal ketinggian sifat amanah dan integriti Saidina Umar al-Khattab ini terhasil daripada rasa tanggungjawab dan pertanggungjawaban yang bakal dihadapinya di hadapan Allah s.w.t kelak.

 

Mungkin apa yang dinukilkan oleh al-Sallabi di dalam bukunya "Umar ibn al-Khattab : Shaksiyyatuhuwa 'asruhu" patut kita renungi bersama. Diceritakan bahawa Umar pernah berkata kepada dirinya sendiri "Jikalau seekor anak kambing mati di pinggir sungai Furat (kerana kehausan akibat gagal sampai ke sungai Furat), sudah tentu aku takut Allah akan menghisab Umar kerana perkara tersebut."

 

Olahan oleh:

MOHD RAZMI YAACOB

PEGAWAI PEJABAT KPE

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini254
Kelmarin187
Minggu Ini993
Bulan Ini5883
Keseluruhan269752

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search