A- A A+
             
     
             

USAHASAMA LESEN MENCARIGALI BIJIH BESI DI MUKIM SOKOR, DAERAH ULU KUSIAL, JAJAHAN TANAH MERAH SELUAS 69.75 HEKTAR

 

 

DAULAH NAJAH SDN. BHD.

________________________________________

KENYATAAN TAWARAN TENDER 

NO TENDER : DNSB/TDR1/2025

 

 

Pentender adalah dipelawa daripada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam bidang yang berkaitan dan kriteria berkaitan seperti berikut:

KETERANGAN TAWARAN: 

JENIS TAWARAN: Terbuka

BIDANG: PERLOMBONGAN

 

No. Lesen
Mencarigali

 

Jenis Mineral

 

Lokasi

 

Keluasan

 

PL 3/2024

 

Bijih Besi

Mukim Sokor, Daerah Ulu Kusial,
Jajahan Tanah Merah

 

69.75 Hektar

 

Tawaran Tender ini adalah Tawaran Tender Terbuka. Tawaran Tender akan dibuka pada 22 Jun 2025 (Ahad) dan tawaran tender akan ditutup pada 03 Julai 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.

Borang Tender boleh didapati di Pejabat Daulah Najah Sdn. Bhd., Tingkat 3, Bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, 15050 Kota Bharu, Kelantan (Tel: 09 7485007) dengan kadar bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) senaskah sahaja.

Dokumen Tender adalah tidak terhad namun Daulah Najah Sdn. Bhd. berhak menolak mana-mana tawaran yang disifatkan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada dokumen tawaran tender tersebut.

Dokumen tawaran tender yang dilengkapkan butir-butir tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan No. rujukan tender di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke dalam peti tender di pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Tingkat 6 pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 03 Julai 2025 (Khamis).

Daulah Najah Sdn. Bhd. tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Daulah Najah Sdn. Bhd. berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut.

Semua Petender MESTILAH Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah jenis perniagaan perlombongan dan mempunyai Dana Pemegang Saham (Modal Berbayar) sekurang-kurangnya RM 1,000,000.00.

 

DAULAH NAJAH SDN. BHD. 
TINGKAT 3, BANGUNAN PMBK
JALAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
TEL: 09-7485007

 

DOKUMEN WAJIB BAGI SEMAKAN PEMATUHAN

Syarikat/pembekal yang menyertai tawaran tender hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan tawaran tender :-

  1. Borang Tender DNSB/TDR1/2025
  2. Akuan Tawaran Tender DNSB/TDR1/2025
  3. Borang-Borang:
    1. Borang A – Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat dan Kesahihan Dokumen yang dikemukakan
    2. Borang B – Matlumat Am Latar Belakang Petender
    3. Borang C – Data Kewangan
    4. Borang D – Senarai Kerja Carigali/Pajakan Melombong Semasa
    5. Borang E – Rekod Pengalaman Kerja Petender
    6. Borang F – Surat Akuan Pembida Bagi Tender DNSB/TDR1/2025 (*Surat Akuan ini hendaklah ditandatangani oleh hanya penama di sijil SSM Syarikat)
  4. Cadangan/Kertas Kerja Perlaksanaan Kerja Carigali
  5. Salinan Penyata Kewangan Syarikat yang diaudit dan disahkan dengan salinan diakui sah (certified true copy) oleh Juruaudit Bertauliah bagi tiga (3) tahun kewangan akhir secara berturut-turut sebelum tahun tutup tender atau sekiranya tiada, bagi tiga (3) tahun kewangan terakhir secara berturut-turut setahun sebelum tahun tutup tender.
  6. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi 3 bulan terakhir sebelum tutup tender yang disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh bank berkenaan.
  7. Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  8. Profil Syarikat yang lengkap.
 
 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini735
Kelmarin691
Minggu Ini2871
Bulan Ini15176
Keseluruhan504092

3
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2025 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search