A- A A+
             
     
             

PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI BANGUNAN PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK) BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN

 

 

KENYATAAN TAWARAN TENDER

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat tempatan yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai tawaran seperti berikut:

No. Tender : PMBK/PTD4/21 (315)
PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI BANGUNAN PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK) BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN

Dokumen Tawaran Tender boleh diperolehi di Unit Pentadbiran PMBK, Tingkat 5, Bangunan PMBK, Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, 15050 Kota Bharu, Kelantan (Tel: 09-7474082 / Faks : 09-7477815), mulai 15 Jun 2025 pada waktu-waktu berikut:

Ahad hingga Rabu:    

9:30 pagi - 12:30 tengahari
2:15 petang - 5:00 petang

Khamis:

9:30 pagi - 12:30 tengahari
2:15 petang - 3:15 petang

Permohonan mendapatkan dokumen tawaran tender adalah dengan kadar bayaran Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja.

Dokumen Tawaran Tender akan dikeluarkan kepada syarikat yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil syarikat hendaklah membawa bersama surat pengesahan syarikat semasa memohon Dokumen Tawaran. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan Dokumen Tawaran Tender tidak akan dikeluarkan.

Dokumen Tawaran Tender yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan di dalam sampul surat bermeterai dan ditulis nama projek dan no. tawaran tender di atas sebelah kiri sampul dan dimasukkan ke:

Peti Tender, Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Tarikh tutup tawaran ialah sebelum jam 12.00 tengah hari pada 23 Jun 2025 (Isnin)

Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang terendah. 

Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :
Encik Nik Azlan Bin Nik Hussin (09-7474082 ext : 250)
Ahmad Sobri Bin Yaacob (09-7474082 ext : 253) 

 

DOKUMEN WAJIB

Syarikat yang menyertai tawaran sebut harga hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan dokumen tawaran sebut harga :--

  1. Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM)

  2. Salinan Sijil Lesen Menjalankan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN)

  3. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (Yang Disahkan)

  4. Borang Akaun Pembida
  5. Profil Syarikat (Perlu Disertakan)
 

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Senarai Pengalaman Kerja

  2. Senarai Peralatan Kawalan Keselamatan

  3. Senarai Pekerja

 

 

 
 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini711
Kelmarin691
Minggu Ini2847
Bulan Ini15152
Keseluruhan504068

6
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2025 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search