PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PMBK


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh peranan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai pemacu pembangunan ekonomi negeri yang mampan dan berdaya saing.
Bagi pihak pengurusan tertinggi PMBK, saya dengan penuh sukacitanya mengalu-alukan kehadiran para pelawat ke Portal Rasmi PMBK. Portal ini dibangunkan sebagai medium utama penyampaian maklumat yang telus, cepat dan komprehensif kepada semua pihak berkepentingan termasuk rakyat, pelabur, agensi kerajaan serta rakan strategik.
Portal rasmi ini bukan sahaja memaparkan informasi berkaitan PMBK, bahkan turut menjadi pusat rujukan sehenti yang menghimpunkan pelbagai maklumat penting mengenai fungsi, peranan, aktiviti serta perkembangan terkini Kumpulan PMBK termasuk anak-anak syarikat di bawahnya. Melalui platform ini, para pelawat dapat memperoleh gambaran menyeluruh tentang inisiatif, projek serta sumbangan PMBK dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri Kelantan.
Seiring dengan arus kemajuan teknologi, PMBK komited dalam memperkasakan pendekatan digitalisasi sebagai teras kepada peningkatan profesionalisme organisasi. Penggunaan portal ini mencerminkan usaha berterusan kami dalam mendigitalkan penyampaian perkhidmatan, mempertingkatkan kecekapan operasi serta memastikan maklumat dapat diakses lebih pantas dan berkesan.
Justeru itu, semua pihak dialu-alukan untuk memanfaatkan portal rasmi ini sepenuhnya sebagai sumber rujukan utama. Marilah kita bersama-sama menyokong budaya kerja berteraskan teknologi dan inovasi selaras dengan aspirasi untuk melahirkan organisasi yang progresif, responsif dan berintegriti tinggi.
Akhir kata, saya merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan semua pihak terhadap PMBK. Semoga usaha kita diberkati dan terus menyumbang kepada kemajuan negeri serta kesejahteraan ummah selaras dengan moto kita, “Untung Dunia, Untung Akhirat.”
Sekian, terima kasih.
DR. MOHD ZULKUFLI ZAKARIA
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Perbadanan Menteri Besar Kelantan




