Allah SWT berfirman bermaksud: “(iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah kembali segala urusan.” (Al-Hijr : 41).

Aktiviti politik hukumnya fardu kifayah. Apabila sebahagian daripada umat ini telah sanggup melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan bagi sebahagian yang lain. Apabila tidak seorang pun menjalankannya, maka semua umat Islam berdosa. Jadi apa tujuan aktiviti politik menurut Islam?

Ketika Rasulullah SAW wafat, para sahabat mula mencurahkan perhatian untuk mengangkat pengganti Baginda. Mereka sibuk menguruskan masalah ini hingga menyelesaikan pemakaman Rasulullah SAW. Apa makna di sebaliknya? Mereka tidak memakamkan Rasulullah SAW sehingga Abu Bakar as-Siddiq dibaiat.

Dari sini, kita memahami umat Islam tidak boleh berlama-lama dalam keadaan tanpa ketua yang memimpin mereka dengan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Kalau tidak, maka mereka semua berdosa.

Jadi tujuan daripada politik praktis hari ini adalah mengembalikan kekhalifahan Islam, dan ia akan kembali sebagaimana dijanjikan Rasulullah SAW. Kerana itu, Syeikh Said Hawa mengatakan : “Selama hukum Islam belum eksis, maka berpolitik menjadi fardu ain bagi setiap Muslim.

Keadaan yang tidak terkendali itu tidak boleh menegakkan hukum. Kerana itu adanya pemerintahan hukumnya wajib. Setiap sesuatu yang diperlukan umat Islam untuk mendirikan pemerintahan itu juga hukumnya wajib. Semua ini disebut politik.

Pemikiran politik Islam bermula daripada masalah etika politik, falsafah politik, agama, hukum, hingga tatacara kenegaraan. Pemikiran politik Islam bermula pada pemikiran tentang hubungan agama dan negara. Sebahagian pemikir Islam menginginkan pemisahan Islam dan politik sebagai pemikiran Islam.

Ini kerana ketika Revolusi Perancis, agama Kristian relatif telah selesai membahaskan hubungan gereja dan negara iaitu gereja harus terpisah dari negara. Namun Islam masih tetap pada persoalan yang satu iaitu penyatuan Islam dan politik sejak zaman Nabi Muhammad SAW hingga sekarang.

Bagaimanapun dalam al-Quran tiada apa yang menyatakan politik perlu digunakan untuk menubuhkan Islam. Jadi ia mungkin suatu gagasan yang bahaya dari pandangan Islam - seseorang gunakan Islam untuk dapatkan kelebihan berpolitik.

Pandangan orientalis Barat mengenai politik Islam, Dr V Fitzgerald berkata : “Islam bukanlah semata agama, ia juga merupakan sebuah sistem politik. Pada dekad terakhir ini sebahagian kalangan umat Islam yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan modenis yang berusaha memisahkan antara Islam dan politik.

Namun seluruh pemikiran Islam dibangunkan atas fundamental bahawa Islam dan politik saling bergandingan dengan selaras, yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.”

Prof C A Nallino berkata : “Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan, iaitu agama dan negara, juga batas-batas wilayah negara yang ia bangun itu terus terjaga sepanjang hayat.”

Dr Schacht berkata : “Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori perundangan dan politik, ia mencakupi agama dan negara secara bersamaan.”

Justeru, setiap Muslim wajib memerhatikan urusan-urusan umat Islam dan persoalan-persoalan politik mereka. Ia harus mempelajari permasalahan mereka dengan berbagai macam sebab dan jenisnya. Setiap orang yang berusaha untuk menyendiri dan lari dari permasalahan umat Islam, dengan berdalih konsentrasi ibadat dan agama sahaja, maka dia itulah yang disebut mendustakan agama.

Subsidiaries

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. Nutrifera Marketing Sdn. Bhd. PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.