News_Banner_Berita_Terkini
Ekspo antarabangsa guna transaksi Dinar Dirham
HarakahDaily Online | Muhamad Yusri Amin

KOTA BHARU, 15 JUN: Kelantan sekali lagi mencatat sejarah apabila menganjurkan ekspo perdagangan antarabangsa berasaskan transaksi matawang syariah Dinar Dirham yang disertai sembilan negara.

Negara terbabit iaitu Indonesia, Uzbekistan, Iran, India, Turki, Palestin, Thailand, Singapura dan tuan rumah. Ekspo berkenaan bermatlamat mata wang syariah manyatukan ummah.

Ekspo tersebut diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bermula hari ini sehingga 21 Jun. Perasmiannya akan dilakukan  Menteri Besar malam ini.


Jurucakap urusetia ekspo Zailani May berkata, Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Seduania 2012 itu melibatkan penyertaan antarabangsa.

Katanya, malam ini sempena majlis perasmian akan diadakan pelancaran Dinar Dirham yang menggunakan teknologi hologram.

“Ekspo bermula jam 10 pagi hingga 11 malam diisi dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan antarabangsa termasuk nasyid serta bacaan al Quran qari dan qariah dari Iran pada malam esok,” katanya ketika ditemui di sini.

Selain itu ihtifal 20 tahun Pajak Gadai Islam dan Pelancaran Minggu Pelaburan Pajak Gadai pada 17 Jun pada jam 10 pagi.

Pertunjukan kebudayaan antarabangsa Al-Baladi dan hadrah (zanji dan muzik) pada sebelah malam 17 Jun.

Konvensyen halal berasaskan Dinar Dirham pula akan diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 18 Jun pada sebelah pagi. Demontrasi seni kaligrafi dan khat antarabangsa di KTC pada jam 4 petang 18 Jun.

Manakala pertunjukan kesenian tradisional Kelantan termasuk kertuk, rebana ubi, silat tari esok pada sebelah petang. Pertunjukan wayang kulit pula pada 18 Jun bermula jam 9 malam.

Zailani berkata, selain itu diadakan demontrasi ukiran permata pada 19 Jun  (10 pagi – 12 tengahari), persembahan nasyid Ewan dan Rahmat serta Ekamatra pada malam 19 Jun.

Ceramah kepenggunaan produk halal kepada kaum ibu dan demontrasi masakan Uzbekistan pula pada 20 Jun jam (10 pagi hingga 12 tengahari).

Pada 16 Jun juga akan diakan pertandingan kapal terbang kawalan jauh, demontrasi permotoran, ukiran tembikar dan seni pertukangan kayu.

Di lokasi sama minggu lepas diadakan Ekspo Pertanian Kelantan 2012 bermula 5 hingga 10 Jun.