A- A A+
             
     
             

Berita

Bengkel Syariah 2025

-

KOTA BHARU, 02 November 2025 – PMBK telah mengadakan Bengkel Syariah 2025 sebagai kesinambungan siri Program Perkongsian Ilmu anjuran Jabatan Undang-Undang PMBK. Bengkel yang dihadiri oleh lebih kurang 60 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Pengurusan Kanan dan Pengurusan PMBK dan Kumpulan ini telah diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.

PMBK mengambil inisiatif mengadakan bengkel ini untuk memberikan kefahaman dan menyatakan komitmen serta usaha dalam melaksanakan pematuhan syariah dalam operasi perniagaan dan tadbir urusnya. Tambahan pula, ia julung kali diadakan untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang pengenalan, konsep dan kepentingan pelaksanaan tadbir urus serta pematuhan syariah dalam organisasi korporat. Selain itu, bengkel ini juga menekankan mengenai pelaksanaan semakan dan audit syariah dalam suatu organisasi korporat.

Bagi menjayakan bengkel ini, PMBK telah menjemput dua orang penceramah iaitu Dr. Suhaimi Mohd Yusof (Mantan Timbalan Pengarah di Jabatan Sistem Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia) dan Ahmad A’rif Mohd Arshad (Ketua Pegawai Syariah Bank Alrajhi Malaysia) untuk memberikan perkongsian.

Secara keseluruhannya, Bengkel Syariah 2025 telah berjaya mencapai objektifnya dengan penyertaan aktif peserta sepanjang bengkel berlangsung. Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada penceramah memberikan pendedahan yang menyeluruh mengenai tadbir urus, pematuhan, semakan serta audit syariah dalam organisasi korporat. PMBK berharap perkongsian yang dibuat dapat diaplikasikan pada peringkat PMBK dan Kumpulan dalam memperkukuhkan amalan tadbir urus dan pematuhan syariah selaras dengan moto “Untung Dunia, Untung Akhirat”.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini33
Kelmarin722
Minggu Ini1431
Bulan Ini8039
Keseluruhan668600

6
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan| Perlindungan Data Peribadi

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2026 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search