Perlindungan Data Peribadi
Objektif
Memastikan maklumat peribadi kakitangan, pelanggan, para pembekal, sekutu perniagaan dan penasihat serta pihak yang terlibat dalam perhubungan perniagaan bersama perbadanan adalah terjamin dan dilindungi.
Maklumat Yang Boleh Dikenal pasti Secara Peribadi
Kakitangan yang memberikan maklumat dan Data Peribadi kepada Perbadanan, bermakna kakitangan tersebut telah memberikan kebenaran kepada Perbadanan untuk mengumpul, mengguna, mengakses, memindah, merekod maklumat dan memproses data peribadi tersebut. Segala data yang diberikan kepada Perbadanan akan disimpan secara rahsia namun kakitangan memberikan kebenaran untuk Data Peribadi diproses oleh Perbadanan
Pematuhan Untuk Tujuan Perlindungan
Perbadanan mungkin akan mendedahkan Data Peribadi kakitangan kepada pihak-pihak berikut yang berada di dalam atau luar Malaysia:
- Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Badan Berkanun dan Pihak Pengawal Selia Industri;
- Juruaudit, para penasihat, peguam atau penasihat professsional dan pihak perbankan;
- Mana-mana individu yang dirasakan perlu serta di bawah perintah undang-undang.




