A- A A+
             
     
             

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK - Hijratul Rasul 1444H

TERBITNYA FAJAR TAHUN BAHARU 1444

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala pujian untuk Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakanNya terutama nikmat menjadi muslim yang istiqamah dengan keIslamannya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat R.A serta seluruh ahli keluarga baginda.

Selamat tahun baharu 1444 diucapkan kepada seluruh rakyat Kelantan. Tahun 1443 telah berlalu sebagai satu muhasabah buat kita semua. Terbitnya fajar tahun baharu 1444 bersama-sama dengan azam baharu dalam menggapai keredhaan Allah SWT sehinggalah dikurniakan kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

Tema sambutan tahun baharu 1444 pada tahun ini ialah “Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”. Ianya boleh direalisasikan melalui Teras Perkhidmatan PMBK iaitu: Ubudiyyah (Pengabdian), Masu’liyyah (Kebertanggungjawaban) dan Itqan (Kesungguhan) sebagai satu menifestasi dalam menggapai kecemerlangan organisasi dan diri rakyat Kelantan.

Dalam usaha merealisasikan konsep dan falsafah keluarga besar Malaysia ini yang seterusnya menjadi pemangkin kepada kemakmuran negara, maka Kelantan perlu menjadikan budaya ‘teamwork’ (kerja berpasukan) sebagai satu budaya kerja yang subur bagi setiap rakyat Kelantan dengan menerapkan prinsip-prinsip berikut iaitu:

  • Ta’aruf: Saling menyantuni dan kenal-mengenali diantara satu sama lain.
  • Tafahum: Saling faham-memahami dan bertoleransi diantara kita. 
  • Takaful: Saling mengambil berat khususnya berkaitan hal kebajikan rakan sekerja kita.

Meneladani peristiwa agung ‘Hijratul Rasul SAW’ khususnya berkaitan betapa hebatnya pengorbanan golongan Muhajirin yang kemudian mendapat bantuan ‘segalanya’ oleh golongan Ansar sebagai ‘rakan kerja berpasukan’ adalah contoh ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam) terbaik sepanjang sejarah tamadun manusia hingga ke hari ini.

Akhirnya, sama-sama kita doakan agar tahun baharu 1444 ini menjadi tahun kecemerlangan dan kegemilangan Kelantan dan seluruh rakyatnya. Selamat bekerja dengan penuh keikhlasan agar kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan inayah Allah SWT dalam setiap gerak kerja yang akan bakal dilakukan nanti. Tahun 1444 adalah tahun kecemerlangan Kelantan!

Sekian, terima kasih.

 

“Untung Dunia, Untung Akhirat”

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PMBK
1 Muharam 1444 / 30 Julai 2022

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini14
Kelmarin233
Minggu Ini682
Bulan Ini1478
Keseluruhan166541

2
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2022 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search