A- A A+
             
     
             

Perutusan Maulid Ar-Rasul SAW 1443 Oleh CEO PMBK

Maulid Ar-Rasul SAW - Akhlak Terpuji Dasari Peribadi

Alhamdulillah. Segala pujian hanya layak buat Allah SWT. Selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat dan pengikutnya hingga ke hari Kiamat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud: .

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula banyak menyebut dan mengingati Allah (dalam masa susah dan senang).”

Perkara asas berkenaan dengan moral dan akhlak sepatutnya mendasari peribadi setiap Muslim sepanjang zaman. Perkara biasa yang sering diperkatakan malah ianya juga selalu diambil mudah oleh semua orang iaitu akhlak terpuji yang mendasari peribadi setiap Muslim. Sementelah ia adalah agenda besar yang dibawa oleh nabi SAW dan menjadi salah satu intipati penting kepada umat Islam sepanjang zaman dalam mengingati bulan kelahiran Nabi SAW atau Maulid Ar-Rasul SAW.

Teguran Allah SWT dengan penularan wabak COVID-19 hari ini sebagai contoh seharusnya menjadi titik vakum yang memerlukan kita kembali merenung kesilapan diri dalam hidup bermasyarakat dan yang paling mudah adalah muhasabah perilaku kita seharian. Soal mudah yang sering kita lupakan adalah berkaitan hubungan sosial seharian yang bertunjangkan akhlak terpuji dalam mewujudkan masyarakat harmoni sebagaimana saranan nabi SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.” (Riwayat Baihaqi)

Justeru, antara usul yang menjadi cadangan sebagaimana yang terdapat dalam kitab “Tarbiah Al-Aulad” karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan berkenaan dengan penerapan keperibadian unggul dalam kehidupan sebagaimana yang digambarkan nabi adalah seperti ringkasan berikut:

  1. Ketakwaan mutlak kepada Allah SWT.

  2. Ikatan persaudaraan sesama anggota.

  3. Perasaan kasih sayang yang menyuburkan sifat bantu membantu.

  4. Konsep ithar iaitu melebihkan orang lain mengatasi diri sendiri dalam segenap sudut.

  5. Sikap toleransi dan saling memaafkan.

  6. Berintegriti memperjuangkan kebenaran mengikut jalan yang betul.

Untuk itu, sayugia diingatkan agar kita semua mengambil berat berkenaan dengan keenam-enam perkara ini. Ia adalah saranan yang baik untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dan anggota kerja Kumpulan PMBk juga tidak terkecuali.

Kesemua ini adalah sunah yang ditinggalkan oleh nabi SAW untuk diikuti dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Jika benar rindunya kita kepada nabi SAW, genggamlah kerinduan itu dengan pahala amalan melaksanakan sunnahnya sekuat genggaman gigi geraham.

Pesan saya, marilah kita dasari diri sebagai anggota kerja Kumpulan PMBK dengan personaliti yang ditinggalkan oleh nabi kita SAW dan InsyaAllah Kumpulan PMBK akan gah dikenali dengan akhlak terpuji, berintegriti. Jangan tunggu esok untuk kita melakukan kebaikan, kerana belum pasti esok masih ada untuk kita melunasinya. Mulakan segera sekecil-kecil kebaikan kerana sebaik-baik amalan adalah bergantung kepada konsistensi bukan kuantiti.

Sekian, salam hormat.

 

“Untung Dunia, Untung Akhirat”

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PMBK
13 Rabiul Awal 1443 / 19 Oktober 2021

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini232
Kelmarin302
Minggu Ini931
Bulan Ini5237
Keseluruhan275404

2
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search