enms
A- A A+
             
     
             

Sistem Pembentungan

Majaari Services Sdn. Bhd

Majaari Services Sdn. Bhd (Majaari) ditubuhkan pada Disember 2007 dan merupakan milikan penuh syarikat Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUMH) yang dimiliki 100% oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Kerajaan Negeri Kelantan telah melantik Majaari untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan pembentungan di Negeri Kelantan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penubuhan adalah selaras dengan kedua-dua akta yang diperkenalkan iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006.

 

Berikut adalah skop perkhidmat yang di tawarkan:

 

  • Mengurus Dan Menyelenggara Semua Loji Rawatan Kumbahan Awam Di Seluruh Negeri Kelantan

Majaari bertanggungjawab memastikan semua loji rawatan kumbahan awam diambilalih, dibaikpulih, dinaiktaraf dan seterusnya diselenggara sebaiknya bagi memastikan ia berfungsi dengan sempurna. Majaari sedang membuat kajian, perancangan menyeluruh dan pelaksanaan yang efisien bagi mempertingkatkan pembangunan sistem pembentungan untuk jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang di negeri Kelantan. Majaari juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan loji rawatan kumbahan persendirian. Baca lagi...

 

  • Perkhidmatan Pengosongan Tangki Septik

Majaari menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik dengan mengambilalih tugas dan perkhidmatan yang sebelum ini disediakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Kelantan. Majaari mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan secara profesional dan terbaik kepada seluruh penduduk negeri Kelantan. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah munasabah dan berpatutan bagi memastikan perkhidmatan lebih efisien dan pengurusan enapcemar dapat dilakukan dengan sempurna. Baca lagi...

 

  • Agensi Perakuan Pembentungan (App) Bagi Pihak Span

Menyediakan perkhidmatan memproses dan memperakukan kelulusan pelan-pelan sistem pembentungan - loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembentungan, sambungan paip dan tangki septik. Baca lagi...

 

  • Perkhidmatan Membersihkan Sumbatan

Majaari menyediakan perkhidmatan membersihkan sumbatan paip pembentungan awam dan persendirian, rumah kedai/komersial, kilang dan lain-lain. Baca lagi...

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini29
Kelmarin141
Minggu Ini515
Bulan Ini332
Keseluruhan12177

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2020 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search