enms
A- A A+
             
     
             

Dinar & Dirham Kelantan

Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGTSB) adalah sebuah syarikat berdaftar dan milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). KGTSB telah diberi tanggungjawab untuk memartabatkan kembali sistem ekonomi sunnah dengan penggunaan Dinar dan Dirham. Merupakan cetusan idea Almarhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan legasi ini diteruskan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yakob iaitu Menteri Besar Kelantan kini.

 

Kelantan Gold Trade melancarkan Dinar pertamanya kepada masyarakat pada tahun 2010 dan versi kedua Dinar pada tahun 2015 yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih terjamin seperti sijil ketulenan dan no siri yang dicetak pada dinar tersebut.

 

Objektif utama Kelantan Gold Trade adalah memajukan lagi penggunaan Dinar dan Dirham dengan tiga (3) misi utama syarikat iaitu :

                          1. Memberi pengetahuan dan juga pemahaman tentang penggunaan Dinar dan Dirham kepada masyarakat 

                 2. Mendedahkan keupayaan Dinar dan Dirham dari segi ekonomi jangka masa panjang 

                 3. Menerangkan peluang untuk meningkatkan taraf hidup dan perniagaan dengan Dinar dan Dirham

 

Kelantan Gold Trade telah mengeluarkan tiga(3) produk utama iaitu Dinar Emas (917), Dirham Perak(999) dan Wafer 1g Emas(999).

 

KGTSB juga menawarkan perkhidmatan seperti Keahlian Komuniti DnD, Program Tabungan Dirham tukar Emas, Mahar Perkahwinan, Program e-Qurban dan Aqiqah, Dinar dan Dirham sebagai Cenderahati, Infaq Dinar dan Dirham serta Aktivis DnD.

 

Untuk mendapatkan maklumat serta promosi terkini yang ditawarkan oleh KGTSB, boleh Layari laman sesawang kami di www.kgt.com.my atau hubungi kami ditalian 09-744 1901 atau hotline : 019 352 1901

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini38
Kelmarin95
Minggu Ini813
Bulan Ini2181
Keseluruhan2372

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2020 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search