A- A A+
             
     
             

PERKHIDMATAN EJEN KUTIPAN HUTANG BAGI PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN BAGI TEMPOH 2024-2026

Rujukan : PMBK/PTD4/KEW2/21/(301)

Tarikh : 04 Zulkaedah 1445H Bersamaan 14 Mei 2024

 

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

JABATAN MODAL INSAN DAN PENTADBIRAN

________________________________________

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

NO SEBUT HARGA: PMBK/PTD4/KEW2/21/(301)

 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sebagaimana berikut :-

PERKHIDMATAN EJEN KUTIPAN HUTANG BAGI PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN BAGI TEMPOH 2024-2026

Dokumen sebut harga boleh didapati di Unit Kawalan Kredit, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Dokumen sebut harga adalah tidak terhad namun PMBK berhak menolak mana-mana tawaran yang disifatkan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada dokumen tawaran sebut harga tersebut. Permohonan mendapatkan dokumen tawaran sebut harga adalah percuma.

Dokumen tawaran yang dilengkapkan butir-butir sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan No. rujukan sebut harga di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke dalam peti tender di pejabat PMBK, Tingkat 6 pada atau sebelum jam 12.00 tgh pada 30 Mei 2024.

PMBK tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. PMBK berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan spesifikasi sebut harga, boleh dirujuk kepada pegawai bertanggungjawab Encik Mohd Romzi Bin Hj A Malek (No. Telefon : 09- 7474082- Sambungan 127).

JABATAN MODAL INSAN & PENTADBIRAN
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
TINGKAT 6, BANGUNAN PMBK
JALAN KUALA KRAI
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
TEL: 09-7474082

 

DOKUMEN SOKONGAN

Syarikat yang menyertai tawaran sebut harga hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan tawaran sebut harga :-

  1. Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM) yang sah tempoh.

  2. Salinan kenyataan pengalaman kerja yang berkaitan.

  3. Salinan penyata kewangan/bank bagi tempoh 3 bulan terakhir (yang disahkan).

 
 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini210
Kelmarin226
Minggu Ini210
Bulan Ini4461
Keseluruhan281589

2
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search