A- A A+
             
     
             

Kerja-Kerja Pembersihan Tingkap (Bahagian Luar) Bangunan PMBK

Rujukan : PMBK/PTD4/21/(284)

Tarikh : 03 Rabiul Awal 1445H Bersamaan 19 September 2023

 

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

JABATAN MODAL INSAN DAN PENTADBIRAN

________________________________________

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

NO SEBUT HARGA: PMBK/PTD4/21/(284)

 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat kontraktor/pembekal bumiputera yang berkelayakan dan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sebagaimana berikut :-

CADANGAN BAGI KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TINGKAP (BAHAGIAN LUAR) BANGUNAN PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK)

Sesi taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 02 Oktober 2023, Jam 10.00 pagi di Perkarangan Bangunan Perbadanan Menteri Besar, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Borang Sebut harga boleh didapati semasa sesi taklimat tersebut. Penyebut Harga adalah diwajibkan menghadiri sesi taklimat dan hanya penyebut harga yang menyertai sesi taklimat sahaja layak menyertai tawaran sebut harga.

Dokumen tawaran yang dilengkapkan butir-butir sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan No. rujukan sebut harga di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke dalam peti tender di pejabat PMBK, Tingkat 6 pada atau sebelum jam 12.00 tgh pada 12 Oktober 2023.

PMBK tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. PMBK berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut.

 

DOKUMEN SOKONGAN

Kontraktor/Syarikat yang menyertai tawaran sebut harga/tender hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan tawaran sebut harga :-

  1. Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM) terkini

  2. Salinan kenyataan pengalaman kerja yang berkaitan

  3. Salinan penyata kewangan/bank bagi tempoh 3 bulan terakhir (yang disahkan)

  4. Salinan Profil Syarikat

  5. Pengesahan jumlah kakitangan syarikat

JABATAN MODAL INSAN & PENTADBIRAN
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
TINGKAT 6, BANGUNAN PMBK
JALAN KUALA KRAI
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
TEL: 09-7474082

 
 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini94
Kelmarin159
Minggu Ini897
Bulan Ini5879
Keseluruhan228637

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2023 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search