Iklan Tender Kerja Am Bangunan - Madinah Al-Salam
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK)
________________________________________
KENYATAAN TAWARAN
1. Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang mempunyai pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :
|
2. Kontraktor yang hadir untuk membeli dokumen tender hendaklah membawa bersama Sijil Asal Pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). PERWAKILAN KUASA ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Penama yang dinamakan di dalam Sijil sahaja dibenarkan membeli dokumen tender.
3. Pihak kontraktor perlu sertakan Wang Deposit Tender dalam bentuk BANK DRAF atas nama PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN berjumlah RM 5,000.00 (AKAN DIKEMBALIKAN)
4. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Pihak kontraktor perlu mematuhi SOP amalan penjarakkan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan memakai pelitup muka semasa lawatan tapak. Tarikh dan masa adalah sebagaimana berikut :
Tarikh dan waktu taklimat adalah : 21hb Mei 2023 jam 10.00 pagi Tempat : Tapak Projek Perumahan Gated & Guarded di Madinah Al Salam, Mukim Tiong, Daerah Kota Bharu, Kelantan.
5. Dokumen Meja Tender disediakan untuk semakan di HMF QS Consult 6447E Tingkat Satu Bangunan MAIK, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan pada waktu pejabat (9.30 pagi – 4.00 petang) sehingga tarikh tutup tender.
6. Dokumen Tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dengan nombor dan tajuk tender ditulis dikirinya dan dimasukkan kedalam peti Sebutharga dialamat berikut:
Peti Tender
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
Tingkat 6, Bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
7. Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tidak bertanggungjawab di atas kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang terendah.
*Jenis Pendaftaran Tempatan : T1 – Syarikat 100% milik tempatan
T2 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah
T3 – Syarikat 100% nilik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU syarikat usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majority ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.