Kerja-Kerja Percetakan Majalah Korporat PMBK Iaitu Qiadah Bagi Tahun 2023
Rujukan : PMBK/PTD4/KKR5/21/(267)
Tarikh : 03 Rejab 1444 Bersamaan 25 Januari 2023
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
JABATAN MODAL INSAN DAN PENTADBIRAN
________________________________________
KENYATAAN TAWARAN TENDER
NO TENDER: PMBK/PTD4/KKR5/21/(267)
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat /pembekal bumiputera yang berkelayakan dan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sebagaimana berikut: CADANGAN KERJA-KERJA PERCETAKAN MAJALAH KORPORAT PMBK IAITU QIADAH BAGI TAHUN 2023 SEBANYAK 10,000 NASKHAH BAGI SETIAP EDISI (EMPAT EDISI SAHAJA) Borang Tender boleh didapati di Unit Pentadbiran PMBK, Tingkat 5, Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Dokumen Tender adalah tidak terhad namun PMBK berhak menolak mana-mana tawaran yang disifatkan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada dokumen tawaran tender tersebut. Permohonan mendapatkan dokumen tawaran tender adalah percuma. Dokumen tawaran tender yang dilengkapkan butir-butir tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan nombor rujukan tender di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke dalam peti tender di pejabat PMBK, Tingkat 6 pada atau sebelum pukul 12.00 tengah hari, 07 Februari 2023. PMBK tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. PMBK berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut. JABATAN MODAL INSAN & PENTADBIRAN |
|
DOKUMEN SOKONGAN Kontraktor/Syarikat yang menyertai tawaran sebutharga/tender hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan tawaran tender :-
|