enms
A- A A+
             
     
             

Cadangan Pengubahsuaian Ruang Pejabat Tingkat 1 Bangunan PMBK

Rujukan : PMBK/PTD4/21/KKR5(231)

Tarikh    : 23 Muharam 1443H Bersamaan 1 September 2021

 

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

JABATAN MODAL INSAN DAN PENTADBIRAN

________________________________________

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

NO SEBUT HARGA: PMBK/PTD4/21/KKR5(231)

 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat kontraktor bumiputera yang berkelayakan dan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sebagaimana berikut :-

CADANGAN PENGUBAHSUAIAN RUANG PEJABAT TINGKAT 1, BANGUNAN PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN, KOTA BHARU KELANTAN (PMBK) UNTUK DIJADIKAN GALERI KUMPULAN PMBK

Sesi lawatan tapak akan diadakan pada 8hb September 2021. Kontraktor yang berminat hendaklah membuat temujanji untuk hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan pada 8hb September 2021. Untuk urusan temujanji kontraktor boleh menghubungi pihak Urusetia di No. 019-9826844 untuk penyediaan lokasi taklimat yang bersesuaian.

Dokumen sebut harga boleh didapati pada sesi taklimat yang akan diadakan dan ianya tidak terhad namun PMBK berhak menolak mana-mana tawaran yang disifatkan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada dokumen tawaran sebut harga tersebut. Permohonan mendapatkan dokumen tawaran sbut harga adalah percuma.

Dokumen tawaran yang dilengkapkan butir-butir sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan No. rujukan sebut harga di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke dalam peti tender di pejabat PMBK, Tingkat 6 pada atau sebelum jam 12.00 tgh pada 23 September 2021.

PMBK tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. PMBK berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut.

JABATAN MODAL INSAN & PENTADBIRAN
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
TINGKAT 6, BANGUNAN PMBK
JALAN KUALA KRAI
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
TEL: 09-7474082

 

DOKUMEN SOKONGAN

Kontraktor/Syarikat yang menyertai tawaran sebut harga/tender hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan tawaran sebut harga :-

  1. Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM)

  2. Salinan sijil pendaftran CIDB/Gred Pendaftaran Kelas G1 (bagi kerja-kerja am bangunan)

  3. Salinan kenyataan pengalaman kerja yang berkaitan

  4. Salinan penyata kewangan/bank bagi tempoh 3 bulan terakhir (yang disahkan)

 
 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini210
Kelmarin198
Minggu Ini605
Bulan Ini4353
Keseluruhan69026

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2021 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search