enms
A- A A+
             
     
             

Jawatan Kosong Sebagai Eksekutif Undang-Undang

 

EKSEKUTIF UNDANG-UNDANG (PENGURUSAN)

STATUS PERJAWATAN: TETAP

_______________________________________

Bertanggungjawab Kepada:

Pengurus Undang-Undang

 

 

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia

  2. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) daripada universiti tempatan atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan.

  3. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebagai Peguambela dan Peguamcara/ Pegawai Undang-Undang atau jawatan yang setaraf dengannya dalam bidang perundangan termasuk bidang korporat, conveyancing, undang-undang pentadbiran dan litigasi.

 

DESKRIPSI TUGAS

  1. Menjalankan tugas perundangan termasuk meneliti dan menyemak dokumentasi/surat cara/ memorandum persefahaman/ perjanjian selaras dengan Perlembagaan Persekututan, Perlembagaan Negeri, undang-undang, dasar dan arahan-arahan yang berkuat kuasa.

  2. Memberi nasihat/pandangan undang-undang secara lisan dan bertulis selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, undang-undang, dasar dan arahan-arahan yang berkuat kuasa.

  3. Membuat penyelidikan, kajian undang-undang, penggubalan dan penyemakan dokumen undang-undang PMBK.

  4. Meneliti, membuat semakan dan pemantauan bagi kes-kes melibatkan PMBK dan Kumpulan yang dikendalikan oleh peguam.

  5. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran Jabatan Undang-Undang PMBK.

  6. Menjalankan tugas-tugas dan fungsi lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Permohonan boleh dihantar melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Zulkaedah 1442H bersamaan 23 Jun 2021. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Modal Insan PMBK untuk maklumat lanjut.  

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini114
Kelmarin149
Minggu Ini1117
Bulan Ini2331
Keseluruhan48560

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2021 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search